PRINSIP,FALSAFAH DAN KONSEP PENDIDIKAN DAN VOKASIONAL

 

Okayy..Assalamualaikum..aku nak citer lagi pasal apa yang dimaksudkan dengan Prinsip,Falsafah Dan Konsep Pendidikan Dan Vokasional?? Okay kite serius sikit ye..supaya kita dapat ilmu lebih faham..

 


Pengenalan

Anda sudah biasa dan kerap menggunakan perkataan teknikal dan vokasional. Bolehkah anda memberikan perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut?

 

Tahukah anda asas-asas yang digunakan untuk membina sesuatu program Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)?

 

Dalam bahagian ini, anda akan didedahkan kepada maksud istilah atau terminologi pendidikan yang berkaitan dengan PTV, prinsip-prinsip yang diaplikasi dalam program PTV, pembentukan falsafah PTV dan polisi-polisi yang dijadikan asas.

 

Anda juga akan dapat belajar kaedah induktif dan kaedah deduktif yang boleh digunakan untuk membentuk falsafah. Hubungkait antara prinsip, falsafah dan polisi turut dibincangkan.

 

Terminologi dalam PTV

Istilah atau terminologi teknikal dan vokasional sering digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat, dari guru, pelajar hinggalah ibu bapa.

 

Persoalannya adakah kita terutamanya pendidik benar-benar memahami apakah yang dimaksudkan dengan terminologi teknikal dan vokasional?

 

Adakah pendidikan teknikal dan pendidikan vokasional berbeza?

 

MAKNA TEKNIK DAN TEKNIKAL

Perkataan teknik atau technic berasal daripada perkataan Greek ‘technikos’ yang bermaksud untuk belajar atau prinsip-prinsip teknologi.

Menurut Kamus Dewan (1993), perkataan teknik bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri atau kaedah mencipta sesuatu hasil seni.

Perkataan teknikal pula bermaksud perlaksanaan sesuatu kerja (tidak dengan aspek-aspek atau perincian kerja itu sendiri) atau berkaitan dengan sesuatu bidang pengetahuan yang tertentu.

 

MAKNA VOKASIONAL

Perkataan vokasional (vocational) berasal daripada perkataan Latin vocare yang bermaksud to call.

Kita boleh gunakan makna perkataan vokasional seperti mana yang diberikan oleh:

Webster's New World Dictionary (1991) - vokasional bermaksud pendidikan dan latihan yang akan menyediakan individu untuk pekerjaan tertentu.

Kamus Dewan (1993) - berkaitan dengan pekerjaan (profesion dan sebagainya) yang tertentu atau berkaitan dengan kursus-kursus pendidikan amali.

 

 MAKNA TEKNOLOGI

Perkataan teknologi (technology) berasal daripada dua perkataan Greek iaitu:

technes yang bermaksud prinsip atau kaedah yang digunakan untuk membuat barangan

logos yang bermaksud pengajian mengenai prinsip atau kaedah tersebut.

Apabila digabungkan, wujud terminologi technology yang bermaksud pengajian berkaitan kaedah teknikal yang dipelopori oleh manusia dan digunakan untuk kelangsungan hidup.

 

Antara program pendidikan berkaitan dengan teknikal dan vokasional yang berbeza istilahnya seperti berikut:

 

Pendidikan Ketukangan - program latihan yang melibatkan pembentukan kemahiran dengan pengajian teori yang paling minimum. Latihan lebih berbentuk ke arah penyediaan untuk pekerjaan seperti tukang perabot, penurap bata dan sebagainya.

Pendidikan Seni Perusahaan - pendidikan yang menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal berkaitan dengan industri.

Pendidikan Vokasional - satu program pendidikan tersusun yang menyediakan pelajar untuk sesuatu pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan ijazah sarjana muda.

 

Antara program pendidikan berkaitan dengan teknikal dan vokasional yang berbeza istilahnya seperti berikut:

Pendidikan Teknikal - adalah pendidikan yang memberi pengetahuan teknikal yang berkaitan dengan matematik dan sains yang kukuh.

Pendidikan Kejuruteraan - pendidikan yang menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kebolehan untuk kerjaya di bidang kejuruteraan, dan dianugerahkan dengan ijazah sarjana muda sebagai asas untuk menyambung pendidikan ke ijazah lanjutan dalam bidang yang sama.

Pendidikan Teknologi - satu program pendidikan yang dibentuk khusus untuk mengajar mengenai teknologi masa lalu, masa kini dan masa hadapan; di peringkat sekolah rendah, menengah sehingga ke peringkat ijazah; sebagai persediaan untuk hidup dalam dunia yang sentiasa berubah.

 KONSEP ASAS PTV Falsafah, prinsip dan polisi adalah penting bagi PTV.

Ketiga-tiga elemen tersebut harus wujud dalam satu hubungan yang harmoni dan searah.

Tidak wajar untuk dikatakan bahawa prinsip adalah lebih penting daripada falsafah ataupun polisi walaupun sejarah awal pembentukan program PTV memaparkan penggunaan prinsip sebagai konsep asas.

 

KONSEP ASAS PTV

Tidak hairanlah jika prinsip menjadi konsep asas kepada pembentukan program PTV kerana 'orang teknikal/vokasional' dikenali sebagai individu yang praktikal.

Kita dikenali sebagai pengamal (practitioners) yang lebih mementingkan amalan daripada teori.

Falsafah pada ketika itu, dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan untuk membentuk program; sementara polisi berperanan sebagai asas bagi membina matlamat dan tujuan program.

Seterusnya, sejarah juga telah membuktikan kepentingan dan peranan prinsip, falsafah dan polisi dalam PTV.

Pembentukan paradigma untuk PTV memerlukan falsafah yang koheren dan selari dengan prinsip serta polisi.

 

TUJUAN DAN OBJEKTIF PTV

Selaras dengan tujuan PTV, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (sebelum namanya diubah menjadi Jabatan Pendidikan Teknikal) telah menggubal objektif PTV yang telah diberi akronim PRIME seperti berikut:

Performance - mempertingkatkan pencapaian dan prestasi pelajar PTV dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum ketahapyang lebih seimbang dan cemerlang.

Respectability- melahirkan pelajar PTV yang aktif; dan berpandangan positif terhadap pendidikan am dan PTV; supaya keseluruhan masyarakat dan institusi PTV diberi pengiktirafan sewajarnya.

Image-meninggikan imejdan usaha institusi PTVdi mata masyarakat dengan mendidik pelajar berdisiplin, berakhlak mulia dan berhemah tinggi berlandaskan kepercayaan dan ketaatan Maha Pencipta.

Manpower - membantu melahirkan tenaga kerja yang mahir, boleh berdikari serta mempunyai etika dan sikap kerja yang baik bagi memenuhi keperluan negara.

Expectation - memenuhi aspirasi dan harapan masyarakat, bangsa dan negara kearah melahirkan generasi insan yang produktif dan bersatu padu. /


Comments

Popular posts from this blog

Let's to know about me :)

FALSAFAH PENDIDIKAN TOPIK 3 : RANCANGAN UNTUK MENJADI GURU YANG BERFALSAFAH

FALSAFAH PENDIDIKAN TOPIK 2