FALSAFAH PENDIDIKAN TOPIK 2
Cabang falsafah terbahagi kepada 3 iaitu :
1. Metafizik : Maksud metafizik ialah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti
2. Epistemologi : Merupakan cabang bidang falsafah yang mengkaji ilmu pengetahuan
3.Aksiologi : Merupakan kajian terhadap nilai aiaitu dari segi Etika dan Estetika
ππππππππππππππππ
Falsafah selain ditakrifkan
sebagai βcintakan kepada hikmahβ juga ditakrifkan sebagai usaha mencari yang
hak dan kebenaran, atau usaha untuk mengetahui sesuatu yang wujud.
Ini
merupakan ilmu yang membahaskan 3 masalah pokok, iaitu masalah wujud,
pengetahuan dan masalah nilai (Omar Mohammad Al-Toumy Al-Syaibany, 1979).
Ketiga-tiga
masalah tersebut berkait rapat dengan cabang falsafah iaitu ontologi atau
metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik.
πππππππππ
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Falsafah ini membincangkan aspek-aspek pendidikan yang muncul dalam masyarakat di barat. Aliran fahaman pendidikan ini termasuklah Esensialisme, Perenialisme, Progresivisme, Rekonstruksionisme dan Eksistensialisme
n Ia bermula daripada falsafah umum seterusnya melahirkan
falsafah-falsafah pendidikan;
πPragmatisme -
progresivisme & rekontruksionism
πIdealisme &
realisme - esensialisme
πIdealisme -
perenialisme
Falsafah Pendidikan, selain daripada bertanyakan soalan
berkaitan metafizik, epistimologi dan aksiologi ia juga bertanyakan berkaitan
dengan soalan-soalan pendidikan.
Ahli-ahli falsafah ini juga cuba memberi makna kepada
konsep-konsep sejagat yang mendifinasikan proses pendidikan seperti konsep
pendidikan, pembelajaran, kurikulum dan sebagainya.
ππππππππππππ
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah satu
usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam
berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
πIslam tidak berpegang kepada teori kesalahan asal seperti
yang diutarakan oleh realisme keagamaan.
πIslam tidak mempercayai bahawa
manusia, pada dasarnya telah bersalah dan menghabiskan seleruh hidupnya untuk
memperbaiki kesalahan tersebut.
πDalam Al-Quran manusia digambarkan
sebagai khalifah Allah s.w.t. Dimana tugas ini pernah ditawarkan kepada makhluk
lain tetapi mereka menolaknya.
ππππππππ
PENGERTIAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM
Menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan
yang cukup agar ia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya serta
mengetahui cara menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah
Pendidikan berterusan ke arah perkembangan diri individu dari segi rohani, intelek, emosi dan fizikal yang membawa kepada individu yang beriman, berilmu, berakhlak dan bertakwa dan beramal soleh untuk membina masyarakat harmoni, hormat menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain.
Oleh yang demikian,aku dapat simpulkan disini bahawa setiap apa yang dibawa oleh Chef Faizal Ng dapat dikaitan dengan Falsafah Pendidikan yang telah aku huraikan diatas.Dari situ aku dapat amalkan untuk menjadi guru yang berfalsafah dengan menerapkan nilai-nilai murni supaya aku dapat mendidik anak bangsa kearah kecemerlangan.
Comments
Post a Comment