FALSAFAH PENDIDIKAN TOPIK 1

Why do I want to become a teacher/educator?

Mengapa saya mahu menjadi guru/pendidik?


First and foremost is,saya ni seorang yang suka bercakap,then suka sangat melawa,means suka cantik-cantik,bersiap konon-konon saya la paling cantik kt dunia ni..hahahaha see berangan ajee lebih kan,so saya fikir why not kalau aku jadi gugu,bila masa sekolah dlu,aku suka betul tengok cikgu-cikgu sekolah aku tu bersiap,al maklum lah sekolah pun perempuan je semua..dari sekolah rendah aku sekolah di CONVENT KLIAN PAUH TAIPING,dan sampai masuk sekolah menengah pun di sekolah yang semuanya perempuan,sekolah menengah di TREACHER METHODIST TAIPING GIRL SCHOOL.

So,aku fikir balik,dengan kelulusan yang aku ada,aku cuba cari cara macam mana nak bekerja sebagai pengajar/lecturer/guru/pendidik.

Hari2 aku berdoa untuk aku dapat pekerjaan yang aku impikan,one day aku scroll fb,mata aku terpanah pada satu post ni,post tu dati fb kawan aku dimana dia letak gambar grad then caption dia”inshaa allah bakal pengajar suatu hari nanti”

Tanpa melengahkan masa..aku kelam kabut on chat massanger dia..Fatin Namanya..dia junior aku masa belajar di POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN,kursus PENGURUSAN HOTEL DAN KATERING..okay,dipendekkan cerita aku terus tanya dia,”Fatin beljar dimana?macam mana boleh jadi pengajar nanti” 

Then,dia cerita satu persatu pada aku,,dia sambung belajat di CIAST is PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN..yeahhh!! aku dah  jumpa lubuk aku nak jadi pegajar!!

Syaratnya mesti ada diploma,diploma yang bersesuai untuk bidang kemahiran.. so aku mohon dan dapat panggilan temuduga dan rezeki aku Alhamdulillah aku layak untuk belajar di CAMPUS SATELITE CIAST-ADTEC TAIPING.Pengajian selama 9 bulan,3 bulan di campus dan 6 bulan Praktikal di Kolej-Kolej Swasta atau Kerajaan.

Selesai 3 bulan,aku ditempatkan di KOLEJ VOKASIONAL KANGAR bahagian UNIT KULINARI,Allahu masa ni melompat seronok sebab apa yang aku impikan hampir aku capai. Hari pertama di KV Kangar aku berasa sangat gembira,berpeluang pula untuk menginap di kuaters guru dan dilantik sebagai warden asrama. Dalam hati aku berkata’Seronoknya! Aku dapat jadi cikgu!!!’ walaupun Ketika itu hanya la guru praktikal and not qualified as real teacher yeee…. Sebabnya kalau nak jd cikgu KV betul-betul kena ada degree dan kena ada apa yang aku belajar sekarang ni laaa…IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL-KATERING!!

Pendekkan cerita,setelah selesai dan tamat dengan terampil belajar di CIAST! Okay masa untuk mencari kerja sebagai pengajar kemahiran ye..3 bulan aku menggangur,dan yes! Aku dapat panggilan temuduga di NOBLE SCHOOL CITY CAMPUS sebagai pengawai penilai (pengajar kemahiran) di bawah kelulusan JABATAN PEMBANGGUNAN KEMAHIRAN. 5 tahun aku berkhidmat di kolej tu,aku puas mengajar tetapi apa yang aku fikir sekarang ialah level education aku..So,dengan peluang yang aku ada, aku mohon sambung belajar di UTHM..and now…aku adalah pelajar UTHM!! dan bakal menjadi Pendidikan yang berfalsafah suatu ketika nanti,Inshaa allah.. disini aku lampirkan gambar aku semasa belajar di CIAST.








What was my initial impression on Philosophy?

Apakah kesan awal saya terhadap falsafah? 


Pada awalnya, menganggap diriku memahami erti falsafah dalam pendidikan namun setelah mendalami erti sebenar , selama ini aku silap dalam memahami  tentang falsafah. falsafah bermaksud cintakan hikmah. Individu yang berfalsafah pula merupakan seorang yang suka untuk berfikir. Keadaan dimana seseorang itu mampu berfikir sebelum bertindak merupakan salah satu indikator individu tersebut seorang yang berfalsafah.

 Apa gunanya ilmu yang tinggi namun tidak mampu untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sekiranya kita belajar dan mendalami ilmu tersebut semata-mata untuk mendapat gred yang baik dan untuk dipuji maka ilmu tidak digunnakan sehabis baik dan hilang pada suatu ketika. Mengaplikasikan ilmu mampu mengutuhkan ilmu tersebut sehingga hari tua. Ilmu tidak seharusnya memberi manfaat pada satu individu sahaja, namun sebaliknya.

 Dengan ilmu kita mampu mengubah dunia. Hal ini mengajarkan ku satu perkara dimana sekiranya ingin menjadi seorang pendidik cintakan hikmah merupakan pekara pertama yang harus dilakukkan. Falsafah Pendidikan telah membuka minda dan hati untuk lebih mencintai ilmu dan memhami banyak perkara yang terjadi dalam kehidupan seterusnya menjadikan kita individu yang lebih positif.  Mengenalpasti falsafah yang mendominasi  pemikiran dan perbuatan.

 Idealisma dan pragmatisma merupakan falsafah pendidikan barat yang mempunyai ciri paling mendominasi. Meskipun begitu, terdapat beberapa ciri realisma dan eksistensialisma yang ada di dalam diri tetapi tidak mendominasi secara keseluruhan.

 



After three weeks of lectures,how can I change my views on educational philosophy? 

Selepas 3 minggu kuliah,bagaimana saya dapat mengubah pandangan saya mengenai falsafah pendidikan?

Apa yang dapat mengubahku selama 3 minggu kuliah ialah aku dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang falsafah, seperti  Idealisme Falsafah pendidikan adalah pecahan daripada falsafah umum pendidiakan,Falsafah umum pula terdiri daripada beberapa falsafah seperti  Realisme,Pragmatisme dan Eksistensialisme.

Ia seperti mengingatkatkan aku ketika aku baru belajar untuk membawa kereta,pada suatu hari ayahku mengajakku untuk belajar membawa kereta,aish formal pulak ayat ni..

Okay-okay,kita guna ayat sempoi ajee okay..

Waktu remaja dulu aku selalu terfikir,kenapa bila dah dewasa perlu ada lesen kereta,lesen motor? soalan aku terjawab bila abah aku ajak aku pergi tempat lapang untuk belajar kereta.Kereta yang abah aku bawak tu ialah kereta kancil manual dimana kereta itu adalah kepunyaan kakak aku,

sebelum aku cuba untuk drive,abah aku ajar dimana gear,waktu bila perlu tekan clutch,waktu bila perlu lepaskan clutch,fuhhh!! sungguh mencabar..and yes!! aku dan abah aku sudah bertukar tempat duduk,aku berada di tempat pemandu sekarang.

Sesungguhnya aku seorang yang sangat x sabar untuk bawak kereta..huh! seronok! 
then,aku perlahan-lahan bawa dan yeahhh! aku berjaya bawa dan semasa kereta bergerak aku menjerit keseronokkan!! x percaya!! 

masa tu umur aku 17 tahun,then layak dah nak ambil lesen kereta sebab tu abah aku bersungguh ajar aku..then next week lepas tu abah aku bawak aku pergi daftar ambil lesen kereta,hambir dua bulan aku belajar dan aku dah layak bawak kereta dengan lesen yang sah.

Apa yang aku nak ceritakan ini ialah,Aku bersungguh untuk belajar bawa kereta dan dari situ aku dapat berfikir secara waras dimana JIKA KITA PANDU KERETA ITU KE TEMPAT YANG BAIK,MAKA PERKARA YANG BAIKLAH YANG AKAN KITA DAPAT, DAN JIKA KITA PANDU TANPA MENGETAHUAN IBU BAPA,PERGI MELENCONG TEMPAT YANG TIDAK BAIK,SO PERKARA YANG X BAIK JUGAK LA YANG KITA DAPAT.

Oleh yang demikian,sejak awal usia remaja aku dapat lesen kereta,aku dapat mematangkan diri dimana tahu beza baik dan buruk. Dan setiap oarang mempunyai ciri identiti yang sangat berbeza,daipada kawan-kawan mahupun adik beradik kita dapat lihat sendiri,dan disitu terbentuknya peribadi yang dikategorikan dari Realisme,Pragmatisme dan Eksistensialisme.  


Okay now aku dah boleh drive sendiri dan boleh dikatakan power la juga drive keret amanual..hehehe.. So,aku bebas bawak kereta kemana saja aku suka! tu gambar aku dengan anak aku..hehe 



Cakkkk!! mai cak2 pulak iyee!!











 

 

 




Why do I want to become a teacher/educator?

What was my initial impressions on Philosophy?

After three weeks of lectures, how can I change my views on educational philosophy?

(Application on Modular 1: Chapter 1 – 3)



Comments

Popular posts from this blog

Let's to know about me :)

FALSAFAH PENDIDIKAN TOPIK 3 : RANCANGAN UNTUK MENJADI GURU YANG BERFALSAFAH

FALSAFAH PENDIDIKAN TOPIK 2